Berlitz Method

Kaedah Berlitz

Kaedah Berlitz dicipta oleh pengasas kami, Maximilian Berlitz. Kaedah ini adalah kaedah mengajar pertama yang imersif. Kaedah ini telah menggegarkan cara pembelajaran tradisional yang lama sejak penubuhan.

Bagaimana Kaedah Berlitz dibangunkan

Sama seperti pelbagai penemuan hebat, Kaedah Berlitz muncul secara kebetulan, situasi spesifik, dan minda yang kreatif.  Semasa mengajar di Providence, Maximilian Berlitz merekrut Joly, seorang lelaki berbangsa Perancis sebagai pembantu beliau. Namun begitu, bila Joly tiba di Amerika Syarikat, Berlitz mendapat tahu yang pembantu baru beliau tidak boleh bercakap langsung sepatah perkataan bahasa Inggeris.

Dalam tempoh ini, Berlitz jatuh sakit dan satu-satu pilihan yang ada adalah untuk Joly mengambil alih tugasan mengajar beliau. Berlitz mengarahkan Joly untuk menggunakan gerak isyarat untuk menyatakan makna, dan menggalakkannya untuk menggunakan kosa kata dalam konteks supaya pelajar Perancis dapat memahami maksud yang dikongsikan.

Selepas enam minggu, Berlitz kembali ke kelas menjangkakan para pelajarnya akan ketinggalan jauh dalam pembelajaran.  Sebaliknya pula, pelajar-pelajarnya berinteraksi jauh lebih banyak dari sebelumnya, bertukar soalan dan jawapan dengan penuh rancak - dalam bahasa Perancis yang sempurna!

Dipaksa belajar dengan tenaga pengajar yang hanya fasih bahasa Perancis telah mempercepatkan pembelajaran mereka. Hasilnya, kaedah mengajar baru yang sangat efektif berjaya dicipta.

Kaedah Berlitz hari ini

Kaedah Berlitz masih menjadi cara paling efektif untuk belajar bahasa dan digunakan hingga ke hari ini. Antara elemen utama kaedah ini adalah:

  • Pengajar anda mengajar dan bertutur dengan anda dalam bahasa sasaran sahaja: Bahasa yang disampaikan dalam konteks situasi kehidupan seharian dengan fokus pada tatabahasa dan kosa kata.
  • Tumpuan pada matlamat: Setiap kelas mempunyai tugasan dengan matlamat pembelajaran yang spesifik. Ini supaya anda dapat menggunakan bahasa baru dalam situasa sebenar serta-merta.
  • Sampaikan, berlatih dan persembahkan: Untuk membantu anda menyerap bahasa baru, setiap kelas akan mengikuti struktur ini. Kandungan baru akan disampaikan oleh pengajar anda, anda melibatkan diri dalam latihan bimbingan dan latihan am, dan kemudian digalakkan untuk mempersembahkan apa yang telah dipelajari.

Bagaimana pembelajaran dengan Berlitz berlaku

Sejurus selepas anda bertanyakan hasrat meningkatkan kemahiran bahasa dan memahami aspek budaya dengan Berlitz, anda akan mengikuti beberapa langkah untuk membantu kami menentukan hala tuju pembelajaran anda. 

Ini dilakukan supaya anda dapat dipadankan dengan tahap penguasaan yang tepat, sekaligus mempercepatkan kemajuan ke arah matlamat anda. Ini digelar sebagai Kitaran Pembelajaran Berlitz, dan direka sebagai instrumen kawalan kualiti untuk anda sepanjang tempoh pengajian. 

Kami akan mengenal pasti situasi anda, matlamat spesifik anda, tahap penguasaan anda dan apa yang ingin anda capai daripada program bahasa dan budaya.

Ini prosesnya:

  • Memahami keperluan anda: Setelah kami faham matlamat anda, kami akan menerangkan pilihan latihan yang paling sesuai dengan anda dan bagaimana ia boleh membantu anda mencapat matlamat bahasa dan kebudayaan anda.
  • Orientasi: Kami akan menerangkan prosesnya dan membantu anda bermula. Anda akan bertemu dengan pengajar bahasa anda, ketahui selok-belok pusat bahasa, menerima bahan untuk program, dan belajar tentang platform kami.  
  • Menilai kemajuan anda: Kami akan memantau agar anda berada di landasan yang tepat dalam memenuhi matlamat anda, berjaya mengingati apa yang dipelajari dan memberikan sokongan pembelajaran tambahan diperlukan untuk anda lebih yakin dengan bahasa dan budaya yang baru ini.
  • Menguji pencapaian anda: Kami akan mengukur kefahaman dan kemahiran anda agar anda dapat melihat sendiri sejauh mana kemajuan anda sebelum ke tahap seterusnya.
  • Pensijilan pencapaian anda: Anda akan menerima sijil untuk meraikan segala pencapaian anda! 
  • Maju ke tahap seterusnya: Kami akan memastikan anda berpuas hati dengan pencapaian anda dan menggerakkan anda ke tahap penguasaan bahasa yang lebih tinggi. 

Private online class

Learn more

Semi private online class

Learn more

Group online class

Learn more