Kursus Bahasa Jepun
Selami Budaya dan Inovasi Jepun di Malaysia!
Mengapa Belajar Bahasa Jepun dengan Berlitz?
Banyak syarikat besar di Malaysia mempunyai hubungan dengan Jepun. Mempelajari bahasa Jepun membolehkan anda mengasah kemahiran bahasa diperlukan untuk berjaya dalam suasana multinasional di tempat kerja dan menyumbang dengan efektif dalam pasukan berbeza budaya.
Pembelajaran pantas dan efisien
Alami pembelajaran yang pantas dalam program pengajian bahasa imersif kami, di mana semua bentuk komunikasi adalah dalam bahasa sasaran.
Tenaga pengajar kami terdiri daripada penutur asli yang menggunakan pendekatan melalui kaedah perbualan. Ini membolehkan para pelajar meraih kepakaran bahasa dengan semulajadi, tanpa terlalu terikut-ikut arahan tatabahasa.
Hab Perniagaan dan Teknologi
Negara Jepun adalah pelopor perniagaan dan teknologi di peringkat antarabangsa. Penguasaan bahasa Jepun meningkatkan daya saing anda dalam industri yang rapat dengan Jepun seperti pembuatan, elektronik dan automotif.
Persekitaran Kerja Yang Multinasional
Banyak syarikat multinasional di Malaysia mempunyai pertalian di Jepun. Mempelajari Bahasa Jepun memberikan anda kemahiran bahasa diperlukan untuk berjaya dalam suasana multinasional di tempat kerja dan menyumbang secara efektif untuk pasukan berbeza budaya.
Kelas-kelas Bahasa Jepun di Berlitz menawarkan anda fleksibiliti yang anda inginkan untuk belajar bahasa baru. Anda boleh pilih di mana dan bila untuk ke kelas-kelas anda, sekaligus memudahkan anda memaksima masa dan menguruskan rutin harian.
Anda boleh jadi lebih fasih dalam bahasa Jepun dan menyelami budayanya. Anda akan mendapat akses para pengajar bahasa Jepun atas talian yang akan mencipta suasana ideal untuk membantu anda berkembang dan semakin fasih secepat mungkin.