Berlitz Malaysia

Program latihan kebudayaan : Bina tenaga kerja tanpa sempadan

Program Latihan Kebudayaan Korporat

Dalam landskap global hari ini, organisasi mempunyai akses untuk bakat dari serata dunia.

Walaubagaimanapun, ia juga mendatangkan bermacam-macam cabaran. Kepelbagaian di tempat kerja meningkatkan keperluan memahami nuansa budaya antara rakan sekerja, rakan kongsi dan klien. Di Berlitz, kami menawarkan program latihan silang budaya yang khusus untuk meningkatkan prestasi antara budaya dan mengurangkan risiko perniagaan anda. Sama ada anda memerlukan latihan penempatan semula untuk pekerja dan keluarganya yang baru pindah, program repatriasi untuk pekerja yang dihantar pulang, atau ingin berkembang dalam pasaran antarabangsa, program latihan budaya kami akan direka khas supaya selari dengan objektif perniagaan anda. Menembusi halangan budaya bukan sahaja dapat membuka pelbagai peluang, tapi dapat juga membina tenaga kerja yang lebih efektif dan berinovasi. Di Berlitz, kami komited untuk memberikan latihan budaya yang boleh memanfaatkan peluang-peluang ini untuk pelbagai jenis organisasi.

Sama ada anda memerlukan latihan pemindahan bagi pegawai yang dipindahkan antarabangsa dan keluarga mereka, program repatriasi bagi mereka yang pulang, atau bercadang untuk meluaskan ke pasaran antarabangsa baru, program latihan budaya kami disesuaikan untuk sejajar dengan objektif perniagaan anda.

Membongkar dinding budaya bukan sahaja
membuka peluang tetapi juga mendorong tenaga kerja yang lebih efektif dan inovatif. Di Berlitz, kami komited untuk menyediakan latihan budaya penting
untuk memanfaatkan peluang ini untuk semua jenis organisasi.

Butiran Program

Program Latihan Kesedaran Budaya 

Antara faktor plaing penting dalam tenaga kerja multinasional adalah memanfaatkan perbezaan budaya demi kebaikan organisasi dan para pekerjanya. Latihan kesedaran budaya adalah cara terbaik untuk mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif, sekaligus mewujudkan suasana di mana setiap pekerja lebih selesa dan yakin untuk berkomunikasi dengan individu daripada pelbagai latar belakang.

Pusat latihan kesedaran budaya berpaksi pada konsep perbezaan budaya adalah punca konflik di tempat kerja, kecuaian dan peluang perniagaan yang terlepas, sekaligus membantutkan pertumbuhan perniagaan. 

Membekalkan pekerja dengan instrumen yang diperlukan untuk merapatkan jurang budaya dan mengadaptasi dengan pelbagai situasi boleh mengeratkan hubungan, meningkatkan komunikasi dan mengurangkan kekecewaan dalam persekitaran silang budaya.

Program Latihan Berbilang Budaya 

Sama dengan latihan kesedaran budaya, latihan berbilang budaya mengfokuskan pada keterbukaan. Ia sangat penting demi memahami perbezaan antara budaya dan menjadikan setiap tempat kerja inklusif untuk individu daripada pelbagai budaya. 

Program latihan berbilang budaya Berlitz direka untuk membekalkan penyelia dan pengurus, kemahiran diperlukan untuk mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif untuk para pekerja dari pelbagai latar belakang. Skil-skil ini membolehkan perniagaan anda memenuhi potensi sepenuhnya melalui kekuatan tenaga kerja yang pelbagai.

Program Latihan Komunikasi Silang Budaya 

Perniagaan beroperasi pada kapasiti maksima bila kepimpinan dan para pekerjanya mempunyai komunikasi yang jujur, terbuka dan hormat-menghormati. Untuk organisasi multinasional, memastikan saluran komunikasi sentiasa terbuka akan memastikan kelancaran operasi.

Latihan komunikasi silang budaya ini membolehkan perniagaan anda memperkemas proses untuk mengelakkan salah faham, mewujudkan lebih banyak saluran terbuka dan memperkasa para pekerja dalam situasi multinasional.  

Program Latihan Peka Budaya Perniagaan berbilang budaya mempunyai potensi luas untuk memanfaatkan kepelbagaian demi kejayaan menyeluruh. Latihan peka budaya memastikan kepimpinan organisasi dan para pekerja selesa dan diperkasa di tempat kerja, sekaligus meningkatkan penglibatan dan produktiviti.

Latihan peka budaya Berlitz mengasingkan jurang budaya yang wujud di tempat kerja dan merapatkannya melalui kombinasi pembelajaran termasuk penilaian, pengenalpastian dan latihan, yang akan membawa kejayaan di dalam syarikat dan dengan para klien.

Perkhidmatan Program Latihan & Konsultansi Budaya dengan Berlitz 

Jika anda berminat dengan penyelesaian isu budaya untuk organisasi anda, anda dialu-alukan untuk menghubungi Berlitz. Program latiham budaya kami direka khas untuk memberikan penyelesaian yang memenuhi keperluan perniagaan anda, termasuk:

  • Arahan atas talian 
  • Latihan bersemuka 
  • Konsultansi budaya 
  • Penilaian budaya

Bantu kami membantu organisasi anda memanfaatkan kebudayaan untuk kejayaan.

Interested in learning with us?