Chinese course in Malaysia

Kursus Bahasa Cina (Mandarin)

Terokai Perniagaan dan Kebudayaan dengan Mandarin di Malaysia!

Mengapa Belajar Bahasa Mandarin dengan Berlitz?

Mandarin adalah sangat penting untuk perniagaan, perjalanan dan kebudayaan. Berlitz menawarkan kursus bahasa Mandarin yang pantas, efisien dan direka khas. Kelas-kelas dibimbing oleh penutur asli yang diiktiraf, jadi anda akan lebih yakin dan pantas dalam bertutur, mendengar dan memahami bahasa Mandarin.

Pembelajaran pantas dan efisien

Terjun dalam pembelajaran cepat melalui
program bahasa intensif kami, di mana semua komunikasi berlaku secara eksklusif
Alami pembelajaran yang pantas dalam program pengajian bahasa imersif kami, di mana semua bentuk komunikasi adalah dalam bahasa sasaran. 

Tenaga pengajar kami terdiri daripada penutur asli yang menggunakan pendekatan melalui kaedah perbualan. Ini membolehkan para pelajar meraih kepakaran bahasa dengan semulajadi, tanpa terlalu terikut-ikut arahan tatabahasa. 

Language course in Malaysia
Chinese course in Malaysia

Peluang-peluang Perniagaan

Bahasa Mandarin adalah antara bahasa paling digunakan di serata dunia, dan penguasaan bahasa ini akan membuka beribu peluang perniagaan. Landskap perniagaan Malaysia yang menjadikan kefasihan berbahasa Mandarin kelebihan besar dengan komuniti-komuniti yang bertutur bahasa Cina.  

Komunikasi dalam Pelbagai Budaya

Suasana pelbagai budaya di Malaysia yang berbilang bangsa ini, juga mengandungi komuniti berbahasa Cina. Mempelajari Bahasa Mandarin bukan sahaja merapatkan hubungan tapi memudahkan komunikasi, sekaligus menggalakkan keterbukaan dan toleransi antara gologan etnik yang berbeza.

Berlitz Malaysia

Kelas-kelas Mandarin di Berlitz menawarkan anda fleksibiliti yang anda inginkan untuk belajar bahasa baru. Anda boleh pilih di mana dan bila untuk ke kelas-kelas anda, sekaligus memudahkan anda memaksima masa dan menguruskan rutin harian. 

Anda boleh jadi lebih fasih dalam bahasa Mandarin dan menyelami budayanya. Anda akan mendapat akses para pengajar bahasa Mandarin atas talian yang akan mencipta suasana ideal untuk membantu anda berkembang dan semakin fasih secepat mungkin. 

Private online class

Learn more

Semi private online class

Learn more

Group online class

Learn more

Interested in learning Chinese?