
Kursus Bahasa Perancis
Alami Keanggunan dan Kebudayaan Perancis di Malaysia!
Mengapa belajar Bahasa Perancis dengan Berlitz?
Kami menawarkan pelbagai pilihan untuk mempelajari bahasa Perancis, sama ada pembelajaran sendiri atau bimbingan teratur untuk anda mencapat matlamat pembelajaran. Jadual fleksibel kami membolehkan anda belajar mengikut masa anda, manakala kursus-kursus direka khas kami memastikan kandungan selari dengan kerjaya, hobi, dan objektif pembelajaran anda.
Pembelajaran yang pantas dan efisien
Alami pembelajaran yang pantas dalam program pengajian bahasa imersif kami, di mana semua bentuk komunikasi adalah dalam bahasa sasaran.
Tenaga pengajar kami terdiri daripada penutur asli yang menggunakan pendekatan melalui kaedah perbualan. Ini membolehkan para pelajar meraih kepakaran bahasa dengan semulajadi, tanpa terlalu terikut-ikut arahan tatabahasa.


Keanggunan Budaya
Bahasa Perancis adalah bahasa kesenian, fesyen dan masakan. Mempelajari bahasa Perancis di Malaysia membolehkan anda menghargai budaya Perancis dan membuka pelbagai peluang dan potensi.
Kebolehan bertutur Pelbagai Bahasa
Kefasihan pelbagai bahasa amat berharga di Malaysia yang pelbagai budaya ini. Tambah lagi jika anda fasih dalam bahasa Perancis, ia akan mengukuhkan kemahiran bahasa dan kebudayaan anda. Berlitz menawarkan kursus Bahasa Perancis yang pantas, efisien, dan direka khas supaya kemajuan anda lebih progresif dengan bimbingan pengajar berpengalaman.

Kelas-kelas Bahasa Perancis di Berlitz menawarkan fleksibiliti yang anda inginkan untuk belajar bahasa baru. Anda boleh pilih di mana dan bila untuk ke kelas-kelas anda, sekaligus memudahkan anda memaksima masa dan menguruskan rutin harian.
Anda akan jadi lebih fasih dalam bahasa Perancis dan menyelami budayanya. Anda akan mendapat akses para pengajar bahasa Perancis atas talian yang akan mencipta suasana ideal untuk membantu anda berkembang dan semakin fasih secepat mungkin.